BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 16 Mac 2012

17/6/09 - Ep9 P1 Inikah Cinta?

24/6/09 - Ep14 P2/5 Inikah Cinta?

Ahhhh...tengah giler balik dengan drama nie.Sweet giler di orang nie..



Jumaat, 9 Mac 2012

12 BARISAN DI AKHIRAT

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris "Surah An-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.  Lalu menjawab:"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri..." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:-
BARISAN PERTAMA
Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.  Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang  yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempatkembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kalajengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.  "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas."Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh."Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.  "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.  "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat.  Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik.Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."
Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung denganAllah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....
Wallahua'alam.

Disember


  • Sangat setia dan pemurah
  • bersifat patriotik
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
  • Bercita-cita tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
  • Seronok didampingi
  •  suka bercampur dengan orang
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
  • Sangat jujur, amanah dan
  • bertolak ansur
  • Tidak pandai berpura-pura
  • cepat marah
  • Perangai yang yang berubah-ubah
  • Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
  • Benci pada kongkongan, suka berlawak
  • Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik

November


  • Banyak idea dalam perkara             
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya               
  • Berfikiran kehadapan
  • Berfikiran unik dan bijak
  • Penuh dengan idea-idea baruyang luarbiasa
  • Pemikiran yang tajam, daya firasat yang sangat halus dan tinggi
  • Bagus untuk menjadi doktor, cermat dan teliti
  • Personaliti yang dinamik
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tapi mesra
  • Berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran
  • Terlalu degil dan keras hati
  • Diusahakan sehingga berjaya
  • Tak suka marah kecuali digugat
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain
  • Pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari orang lain
  • Otak yang sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri
  • Tidak hargai pujian
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi
  • Apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
  • Badan yang tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
  • Romantik, tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
  • Suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
  • Bercita-cita tinggi,
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

Oktober


  • Suka sembang, suka orang yang sayang padanya
  • Suka ambil jalan tengah sangat menawan dan sopan santun
  • Kecantikan luar dan dalam
  • Tidak pandai berbohong dan berpura-pura
  • Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
  • Sentiasa berkawan
  • hatinya mudah terusik
  • Merajuknya tak lama
  • cepat marah
  • Macam pentingkan diri sendiri
  • Tidak menolong orang lain kecuali dipinta
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri
  • Tidak suka terima pandangan orang lain
  • Emosi yang mudah terusik
  • Suka berangan dan pandai bercakap
  • Emosi yang kelam kabut
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
  • Suka melancong, bidang sastera dan seni
  • Pengasih, penyayang dan lemah lembut
  • Romantik dalam percintaan mudah terusik hati dan cemburu
  • Ambil berat tentang orang lain
  • Suka kegiatan luar
  • orang yang adil dan boros
  • Mudah dipengaruhi persekitaran
  • Mudah patah semangat

September


  • Sangat bersopan santun dan bertolak ansur
  • Sangat cermat, teliti dan teratur
  • Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
  • Pendiam tapi pandai bercakap
  • Sikap sangat cool, baik dan mudah simpati
  • Sangat perihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui
  • Orang yang banyak berfikir
  • Daya pentaakulan yang baik
  • Otak bijak dan mudah belajar 
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik
  • Pandai mendorong diri sendiri
  • Mudah memahami orang lain 
  • (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
  • Suka hiburan, sukan dan melancong
  • Kurang menunjukkan perasaannya
  • Terluka hatinya yang sangat lama disimpan
  • Terlalu memilih pasangan
  • Sukakan benda yang luas, bersistematik